

Kita semua telah melihat betapa terujanya pengguna setiap kali produk kosmetik baru dilancarkan oleh jenama yang dipercayai mereka. Sebenarnya, membangunkan sejumlah besar pengguna yang setia bukanlah mudah seperti berjalan-jalan di taman. Terdapat penekanan yang besar pada packaging kosmetik dan mengapa ia penting untuk penjenamaan.
Dalam industri yang lumayan seperti ini, terdapat hanya segelintir pesaing sahaja yang akan membelanjakan puluhan ribuan ringgit setiap tahun untuk kempen pemasaran mereka. Malah jenama baharu mudah untuk ditelan oleh syarikat yang lebih besar dimana jenama tersebut sudah terukir dalam fikiran orang ramai. Untuk berjaya dalam industri ini, founder kecantikan dan kosmetik perlu membezakan diri mereka daripada pesaing. Penjenamaan yang betul melalui reka bentuk packaging kosmetik yang berkesan dan menarik adalah salah satu cara untuk mendorong orang ramai untuk membeli produk anda.
Berikut ialah beberapa tips packaging kosmetik untuk membantu anda mereka bentuk dengan cara yang pasti akan diingati oleh pelanggan:
1. Reka Bentuk Minimalis

Menurut Terri Goldstein, Ketua Pegawai Eksekutif strategi jenama dan firma reka bentuk The Goldstein Group, pengguna akan ingat apa yang mereka lihat dahulu dengan warna, kemudian dengan bentuk, seterusnya dengan simbol dan yang terakhir, dengan perkataan.
Oleh itu, reka bentuk packaging kotak yang ringkas namun menarik yang menggunakan kombinasi warna yang hebat boleh mencapai hasil yang hebat. Reka bentuk yang ringkas dan minimalis bermakna anda tidak perlu letak butiran yang tidak penting pada packaging kotak dimana ia akan mengelirukan pembeli. Reka bentuk minimalis juga berpotensi membuatkan produk anda nampak menonjol berbanding produk pesaing.
2. Finishing Laminate

Packaging produk berlamina mempunyai daya tarikan estetik yang hebat boleh menarik perhatian orang ramai. Menambah tekstur dengan penggunaan special paper pada packaging kosmetik anda juga boleh meningkatkan jualan sebanyak 80%.
Menambah gabungan lamina matte dan berkilat pada elemen packaging kotak anda boleh menghasilkan kedalaman dan daya tarikan.
3. Finishing Foil Stamping

Penggunaan foil stamping boleh menambah kesan mewah pada packaging produk anda. Finishing foil stamping juga menarik secara visual dan mempunyai keupayaan untuk memberikan efek premium yang menakjubkan kepada produk anda.
4. Finishing Bertekstur

Penggunaan packaging produk yang mempunyai tekstur boleh mempengaruhi keputusan pembeli. Sebagai contoh efek emboss mencipta visual dengan menambahkan dimensi baharu pada mesej dan grafik jenama anda. Menambah tekstur pada packaging produk anda mencipta efek mendalam dan boleh digunakan untuk menyerlahkan elemen penjenamaan anda seperti logo atau nama jenama anda.
5. Jadikan Logo Anda sebagai Titik Tumpuan

Reka bentuk minimalis boleh menarik minat orang yang tidak suka disajikan dengan butiran yang “crowded”. Packaging klasik dengan reka bentuk minimalis pasti berkesan, kerana ia memberi orang idea bahawa produk anda berbaloi untuk dibeli dan anda tidak memerlukan terlalu banyak perkataan untuk meyakinkan orang ramai untuk membelinya. Reka bentuk minimalis memberi penekanan pada logo jenama anda, menggunakan ruang secara kreatif dan menampilkan tipografi ringkas.
6. Pilih Packaging Mesra Alam

Pelanggan kini memberi perhatian kepada jenama yang berusaha menjaga alam sekitar, menjadikan packaging mesra alam popular. Packaging mesra alam bermakna anda mengambil bahagian dalam memulihara sumber semula jadi dengan meminimumkan pembaziran kertas dan mereka bentuk packaging yang boleh digunakan semula atau dikitar semula. Packaging kotak kraft tanpa laminate adalah antara packaging mesra alam yang selalu digunakan.
7. Pilih “Premium”

Packaging produk berkualiti dan premium seperti kotak hardcover akan sentiasa ‘wow’ kan pelanggan anda. Apatah lagi, kotak ini juga sangat tahan lasak dan pelanggan suka menyimpan kotak ini untuk letak barangan berharga atau hiasan rumah.
Jika anda menggunakan tips ini semasa proses reka bentuk untuk packaging kosmetik, anda pasti boleh memenangi kesetiaan pelanggan anda. Anda boleh bekerjasama dengan pakar packaging seperti kami dan boleh mencapai matlamat penjenamaan dan merealisasi visi anda.
8. Cipta Pengalaman

Pada zaman serba moden ini, dimana hampir semua orang mempunyai telefon pintar, anda harus mengambil peluang dengan menggunakan semua platform untuk penjenamaan produk anda. Orang ramai akan bercakap dan menyokong produk anda di media sosial jika anda dapat memberikan pengalaman pelanggan yang menakjubkan.
Pakejkan produk dengan cara unik dimana pelanggan anda teruja untuk ‘unboxing’
Produk anda. Tambahkan kadbod atau sisipan foam untuk menyusun dan mengasingkan produk anda. Ini boleh mencipta pengalaman visual yang lebih baik.
Kad terima kasih dan kertas tisu berjenama juga boleh membantu meningkatkan imej jenama anda.
Hal ini demikian kerana, ia menunjukkan kepada pengguna bahawa jenama anda menghargai pelanggan dengan mempersembahkan produk dengan sentuhan peribadi tambahan.
Mengapa anda perlu mencetak kotak dengan Xero2Hero Printing?
- Harga paling rendah
- Size custom
- Design custom (sendiri atau direka oleh pasukan kami)
- Minimum order hanya 300 pcs
- Boleh tempah dari mana jua anda berada
- Menggunakan material premium dan mesin cetak berkualiti
- Penghantaran ke seluruh Malaysia.
Jenis – Jenis Kotak Perfume Yang Menjadi Pilihan Founder.
Material Yang Kami Tawarkan
- Artcard 260GSM – 400GSM
- Kraft Paper 260GSM – 350GSM
- Flute
- Chipboard 700GSM – 1200GSM
Finishing Yang Kami Tawarkan
Kami tawarkan pelbagai jenis finishing seperti:
- Glossy
- Matte
- Spot UV
- Hot Stamping
- Deboss
- Emboss
Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan Xero2Hero Printing?
Anda boleh klik button di bawah untuk berhubung dengan Team Sales kami.