
Rakyat Malaysia sememangnya gemar menikmati hidangan di luar, bukan? Mutakhir ini, kewujudan trak makanan semakin menarik minat sebilangan besar masyarakat di negara ini. Menurut Persatuan Trak Makanan Malaysia (MAFTA), di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja terdapat lebih daripada seribu trak berlesen berdasarkan dapatan pada tahun 2019. Bagi para peniaga, perkembangan sebegini pasti memerlukan kebergantungan kepada bekas atau kotak makanan yang memudahkan proses pembungkusan.
Lazimnya, produk pembungkusan makanan terbahagi kepada beberapa jenis seperti:
- Tegar: Digunakan bagi minuman dan makanan dalam tin. Contoh: Bekas plastik, tin logam
- Separa tegar: Digunakan untuk melindungi bahan segar, makanan panas, dan hasil reroti. Contoh: Dulang kecil
- Fleksibel: Digunakan bagi makanan ringan dan minuman. Contoh: Beg plastik, kerajang aluminium.
- Atmosfera terubahsuai: Memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh: Beg kedap udara
- Boleh dimakan: Dicipta sebagai sebahagian daripada menu. Contoh: Pembalut organik
- Mudah terurai: Diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan. Contoh: Kanji jagung, serat tebu
Berdasarkan perincian sebegini, salah satu inovasi yang boleh dikategorikan sebagai produk separa tegar ialah Dabobox.
Apa Itu Dabobox?
Dabobox merupakan suatu kaedah pembungkusan yang bersifat terkini dan semakin popular sejak kebelakangan ini. Ia dipercayai berasal dari Korea Selatan tatkala permintaan terhadap pilihan pembungkusan makanan yang bersifat lestari dan mudah diubah suai semakin meningkat di negara tersebut. Tambahan pula, wujudnya kesedaran dalam kalangan masyarakat di sana untuk beralih daripada penggunaan bahan plastik sekali guna kepada produk yang lebih bersifat mesra alam. Konsep utama di sebalik Dabobox lebih terarah kepada gabungan antara fungsi dan elemen boleh ubah bagi memenuhi keperluan peniaga dan pengguna. Hasilnya, Dabobox dilihat sebagai pencetus trend dalam industri pembungkusan.
Ciri-ciri Unik Dabobox
Terdapat beberapa faktor utama yang membezakan Dabobox dengan kotak makanan lain. Antaranya ialah:
- Rekaan tersuai: Hal ini yang menjadikan Dabobox pilihan utama kebanyakan peniaga makanan dan minuman. Mereka boleh mengolah rupa luaran bungkusan agar bersesuaian dengan jenama masing-masing, sekali gus bertindak selaku alat pemasaran bagi menarik pelanggan.
- Dimensi boleh ubah: Pengguna boleh menetapkan ukuran Dabobox mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, ia boleh disesuaikan mengikut pelbagai saiz makanan yang hendak dijual.
- Bahan mesra alam: Dabobox sering kali diperbuat daripada bahan yang mudah terurai atau telah dikitar semula. Dengan cara ini, kesan penggunaannya terhadap alam sekitar dapat dikurangkan.
Pemilihan Dabobox dalam penyediaan custom kotak makanan adalah satu langkah yang bijak kerana ia didatangkan dengan pelbagai kelebihan seperti:
- Penjimatan kos: Dengan adanya pilihan untuk menetapkan saiz dan rupa Dabobox, ia menjadi lebih mudah untuk para peniaga melaburkan perbelanjaan jangka panjang dari segi pembungkusan sekali gus mengelakkan pembaziran.
- Fungsi diperkaya: Rekaan Dabobox boleh diubah suai agar mampu menampung makanan yang dijual, seterusnya menjamin kesegarannya walau pun melalui proses penghantaran jarak jauh.
- Mudah dipegang: Pelanggan boleh sahaja menjadikan Dabobox sebagai perkakas hidangan apabila berada di luar kerana reka bentuknya yang boleh dibawa ke mana-mana.
Secara keseluruhannya, kaedah pembungkusan makanan yang memiliki ciri-ciri mesra pengguna seperti Dabobox terbukti mampu menjadikan proses penyediaan hidangan lebih mudah dan pantas tanpa menjejaskan kualitinya. Hasilnya, kepuasan pengguna dapat dikekalkan yang akhirnya diterjemahkan kepada keuntungan maksimum buat penjual. Adakah anda mencari custom kotak makanan yang sesuai untuk perniagaan anda? Usah khuatir, hubungi sahaja Xero2Hero Empire sekarang! Kami sedia membantu menghasilkan bekas idaman anda.